Ahli MIC interaksi menerusi Facebook


SEREMBAN 3 Jan. - Semua ahli MIC di pelbagai peringkat disarankan supaya menyertai dan berinteraksi menerusi laman sosial Facebook ke arah mempertingkatkan tahap komunikasi anggota parti berkenaan.
Ketua Wanita MIC, Datin Paduka M. Komala berkata, langkah itu adalah selari dengan peredaran masa dan arus pembangunan teknologi.
Menurutnya, inisiatif berkenaan boleh membantu mempertingkatkan taraf komunikasi ahli dalam melancarkan sebarang aktiviti dan pergerakan parti tersebut.
''Kini sudah tiba masanya, kita menggunakan teknologi sedia ada untuk...