26 Mac, 2010 00:46 AM
Anggota Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras,Kajang, kira-kira 9.27 malam Khamis akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Beliau memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.



Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu, anak kedua allahyarham Azri Zin, 36, berkata ayah sempat meninggalkan pelbagai pesan dan nasihat kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tiga lagi anaknya ialah Azura, 37, Aznizah, 29 dan Azizah, 25.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kehilangan seorang rakan seperjuangan yang sanggup mengambil risiko bersama-sama PKR dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"PKR bersedih atas kehilangan ahli akademik ini dan takziah kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah allayarham.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu 10, Cheras, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, kira-kira pukul 11 pagi esok.

-- BERNAMA

MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGERUSI/SETIAUSAHA JKKP PARLIMEN JERAI


Pada pagi tadi bermula pukul 9.00 pagi sehingga hampir ke pukul dua petang telah di adakan sessi berdialog di antara Pengerusi-Pengerusi dan setiausaha-setiausaha JKKP peringkat UMNO Bahagian Jerai yang telah di adakan di Akademi NAZA Gurun.





Ketua Bahagian UMNO Jerai, Datuk Shuhaimi yang juga merangkap Penyelaras Parlimen Jerai telah menjemput beberapa pegwai dari agensi-agensi yang terlibat terus dalam hal kemajuan dan kebajikan rakyat seperti KEDA dan PPN Kedah serta penceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak ketringgalan juga wakil dari Perhubungan UMNO Negeri Kedah.








MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEPADA ORANG MISKIN BANDAR














MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN





Bertempat di dewan Dato' Madi, Yan pada 18/03/2010 yang lalu telah dia adakan satu majlis yang amat bermakna kepada nelayan-nelayan sekitar Jerai terutamanya di Ruat, Pantai Murni, Sungai Udang, Sungai Yan, Kuala Sungai Limau dan lain-lain.







Mereka berkumpul kerana setelah di buat kajian mereka layak untuk menerima Elaun Sara Hidup sebagai nelayan sebagai menunjukkan keperhatinan kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh  UMNO terhadap rakyat yang perlu di bantu atas laungan semangat slogan 1Malaysia, rakyat di dahulukan Pencapaian di Utamakan.




Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

 

Adun Lunas: Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

KULIM, 14 Mac — Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.
Adun Lunas Bebas, Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.
Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini,hari, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.
Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.
Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen “Bajet PR Kedah 2010” yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.
Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada Adun dan Ahli Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat. — Bernama

PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT UMNO BAHAGIAN JERAI


Program yang semakin dekat di hati rakyat iaitu UMNO Juara Rakyat telahpun di lancarkan pada peringkat Negeri Kedah pada bulan Februarui yang lepas dan telahpun mengembang keBahagiabahagian UMNO lain di Kedah selepas pelancaran itu.  UMNO Bahagian Jerai telah menetapkan pada 26 dan 27 hb Mac 2010 nanti.

Pelbagai aktiviti susulan sebagai memenuhi agenda program tersebut akan di laksanakan.  Antara agenda-agenda yang telah di atur termasuklah pameran dari agensi kerajaan,karnival sukan rakyat,kehebatan aspek wanita,penyampaian bantuan kepada rakyat miskin,lawatan kebajikan untuk warga dhaif dan uzur dan pelbagai acara menarik yang dipersembahkan,kebudayaan ,makanan tradisional dan lain-lain lagi.


YB.Dato' Seri Mohd.Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah) akan melancar dan merasmikan program ini pada 27hb Mac 2010.


SELURUH RAKYAT KEDAH 
DI JEMPUT  SEBAGAI TETAMU  ISTIMEWA 
HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI ACARA 
BERKONSEPKAN MESRA RAKYAT INI.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEBAKARAN DI SUNGAI LIMAU

Selepas tamat majlis pemimpin bersama JKKP UMNO Bahagian Jerai, satu lagi majlis menunggu di Sungai Limau, iaitu Majlis Penyampaian Derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran yang telah berlaku pada bulan Februari lalu.






Sebelum majlis di mulakan, dato' Paduka Ahmad Bashah di iringi oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Hj Abdullah sempat meninjau tapak yang terbakar.  Mereka juga di iringi oleh Jawatankuasa Mengumpul Dana Bagi Membantu Mangsa-mangsa. Seramai 13 keluarga yang terbabit hari ini menerima sedikit bantuan dari Timbalan Pengerusi Barisan nasional Negeri Kedah, iaitu Dato' paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.  Setiap keluarga menerima RM1,000.00 sebagai bantuan untuk meringankan penderitaan setelah bukan sahaja kehilangan premis dan harta benda malah mereka juga kelhilangan tempat mencari nafkah.