Program Gerak Tumpu Parlimen Jerai


Di petik dari Malaysiakini. Bertarikh 18/05/2010
Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan parti komponen kaum Cina dalam BN supaya bekerja lebih bekerja ada masa akan datang, kata ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus.
“Pada pandangan peribadi saya, parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.
Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, parti-parti komponen BN di Semenanjung dan Sarawak harus buat perubahan dari sudut kepimpinan mahupun strategi.
Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.
Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.
Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.
Abdul Syukur Idrus berkata antara faktor kekalahan BN di Sibu adalah pengaruh DAP yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Cina.
Kemungkinan juga, katanya, masyarakat Cina kurang berminat terhadap parti Cina yang lain.
“DAP membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubung Malaysiakini hari ini.
Abdul Syukur yang juga ketua Umno bahagian Selayang menegaskan peringatan juga perlu diberi kepada parti komponen BN seperti MCA dan SNAP agar lebih bekerja keras pada masa akan datang.
Mengenai langkah yang perlu diambil oleh BN bagi memperbaiki dan mengekal sokongan rakyat, Abdul Syukur berkata, beliau
menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Zubir Saad pula berkata BN kalah di Sibu kerana masih ramai pengundi Cina yang tidak menyokongnya.
Beliau mendakwa, mereka termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri.
“Bagaimanapun, janjinya itu adalah sukar untuk ditunaikan kerana Anwar akan mengalami tekanan yang besar terutama sekali dalam mendapatkan sokongan kaum Melayu.
“Anwar merupakan seorang yang pandai berpura-pura dalam mencapai keinginannya sendiri," katanya.
Zubir mendakwa Anwar yang juga ketua pembangkang menaburkan janjinya yang berlainan mengikut kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India demi kepentingannya.
Menjawab soalan, beliau bagaimanapun berkata, kerajaan tidak perlu bimbang dengan kekalahan BN dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat kajian dan menilai kelemahan BN dalam pilihan raya tersebut.
Tambahnya, anggota komponen BN perlu saling sepakat untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Mengulas mengenai langkah untuk menarik sokongan pengundi, Zubir berkata, BN perlu mengadakan ceramah yang mengikut “trend” yang diselitkan dengan alternatif lain yang mengikut kaum dan peringkat usia.
Dalam hubungan itu, beliau memberi contoh persembahan nasyid, nyanyian 60-an dan persembahan yang tidak keterlaluan.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa cara tersebut telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sepanjang minggu berkempen dalam pilihan raya di Sibu untuk menarik sokongan pengundi.
Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata kekalahan BN di Sibu disebabkan pelbagai isu yang memburukkan kerajaan.
Menurutnya, BN tidak berkesempatan untuk menjelaskan sebarang isu tersebut kepada pengundi.
Menurutnya, kelambatan BN dalam memberi jawapan yang muktamad dalam sesuatu perkara yang diutarakan, telah mempengaruhi kempen pilihan raya.
Bagaimanapun, Abdul Rahman tidak bimbang dengan kekalahan BN dalam pilihan raya tersebut kerana berpandangan bahawa ia bukan penentu arah pilihan raya yang ke-13.
Tegasnya, jentera BN di Sarawak perlu berkerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
“Saya tidak bersetuju dengan pandangan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang bahawa kemenangan di Sibu merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini PUN, parti pembangkang pernah menguasai Sibu.
“Menang atau kalah bukan sesuatu gambaran yang cukup jelas”, ujarnya
Ditanya mengenai langkah yang perlu diambil BN untuk meraih sokong pengundi, Abdul Rahman berkata beliau bersetuju dengan Najib untuk mengubah corak berkempen agar mendapat sokongan yang lebih baik, terutama generasi kini.
Tanggal 11 Mei 2010, genap 64 tahun parti keramat UMNO dilahirkan. Parti yang telah banyak menabur jasa. Melahirkan pejuang-pejuang tulen yang berkorban jiwa dan raga, keringat dan air mata demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair.Semangat perjuangan memartabatkan maruah orang Melayu bersemarak apabila British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946. Tindakan biadap dan tidak menghormati perasaan orang Melayu oleh British mencetuskan segala-galanya.
Kuasa raja-raja Melayu perlu dipertahan. Malayan Union mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Malayan Union mahu memberi rakyat asing hak sama rata dengan rakyat tempatan. Kemarahan orang-orang Melayu memuncak dan membara.Ledakan daripada semangat itu, satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mengumpulkan kekuatan Melayu mencabar British yang begitu tidak sensitif mengemukakan Gagasan Malayan Union. British harus diajar. Mereka perlu tahu orang Melayu, pantang dicabar. Jangan diusik!
Sejarah tercatat. 64 tahun yang lalu, di Istana Besar Johor, di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, parti keramat UMNO secara rasmi ditubuhkan. UMNO menyatupadukan orang Melayu yang bertekad untuk menentang Malayan Union.Pada mulanya UMNO dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “ Pertubuhan Melayu Bersatu” atau “ United Malays Organisation’. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan ditambah perkataan “kebangsaan’ atau “national’ selepas perkataan “Pertubuhan’. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organisation’ (UMNO).
UMNO harus mempelopori pula perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak mahu lagi dijajah. Cukuplah penderitaan dan penghinaan yang diterima sejak mula dijajah seawal 1511.Pada 24 dan 25 Mac 1951, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu’ diganti dengan “ Merdeka’.
Perjuangan dan jasa UMNO tidak terhenti setakat menentang Malayan Union dan memerdekakan Tanah Melayu. Selepas menikmati kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menumpukan perjuangan untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan serta meninggikan martabat bangsa, agama dan tanah air.Ladang-ladang getah dan kelapa sawit dibuka untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Pelbagai program pembangunan dalam ekonomi, pendidikan, agama, dan sebagainya dirancang secara sistematik dan strategik.
Dr Halili keluar PKR masuk Umno
Jimadie Shah Othman
Apr 19, 10
11:19am
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.
Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.
Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.
"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."
Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.
Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.
'Mungkin diberi bedah hidung pula'
Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.
Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:
"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.
Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.
Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.
Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkanmembayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.
Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.
"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya
Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.
Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".
Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."
Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.
"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.