SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



Besok, Malaysia akan menyambut Hari Guru. Jasa guru tidak dapat di nafikan terutama guru-guru yang mengajar dan membentuk di permulaan setiap murid-muridnya. Mererka di kelas pra persekolahan seperti yang di kenali sebagai TADIKA, TABIKA atau 'Kindergarten' lah sebenarnya yang melentur rebung-rebung negara. Begitu juga dengan guru-guru di Sekolah Rendah, mereka juga adalah sumber penyambung kepada rebung-rebung negara agar lenturannya tidak tersasar.
Justeru itu setiap dari ibu bapa hendaklah menjadi pembantu dan sekutu paling intim kepada tenaga-tenaga pelentur rebung negara. Sebaliknya pula guru-buru juga berperanan sebagai syarikat yang bersekutu dengan ibubapa untuk pelengkap kepada pembentukan peribadi tiap-tiap insan bergelar murid.
Sebagai Rakyat, kami amat berharap cikgu-cikgu janganlah kecewa dan patah hati untuk membimibing setiap permata kami walaupun terdapat segelintir waris yang tidak bersikap rasional ketika menguruskan anak-anak mereka dengan pihak sekolah.