CERIA JUARA RAKYAT JERAI!


Seperti di rancang, Senamrobik membuka aturcara Program Kempen Juara Rakyat.  Dengan kira-kira 150 peserta, senamrobik ternyata berjaya menjadi 'pemecah kebekuan' dan mengalirkan aturcara setersunya dengan lancara sehinggalah membawa kemalam dengan acara yang terakhir.










Selepas senamrobik, acara pelancaran aktiviti oleh Ketua Bahagian UMNO Jerai mengekori, kemudiannya di Pertandingan Mewarna(Kanak-kanak Tadika), Pertandingan Sukaneka(Murid Sekolah Rendah), Pertandingan Aspek Wanita dan Pameran Agensi Kerajaan/Modenas.  Walaupun di namakan pertandingan, ianya bukanlah untuk tujuan perlumbaan, tetapi persaingan.  Persaingan dalam menunjukkan kebolehan dan kebolehan untuk membuahkan semangat perpaduan.  Ujudnya juga unsur-unsur keceriaan hasil dari tujuan pertandingan berkenaan.







Sementara pada waktu yang sama di Ulu Sedaka berlangsung satu lagi acara Juara Rakyat di sana, iaitu Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka setelah berlangsungnya Program Ceramah Perdana pada malam sebelumnya.  Di Ulu Sedaka, di tempat yang sama sebelum itu pada sebelah siangnya telah di jalankan acara Akikah dan juga Pameran Kemahiran oleh Giat Mara Daerah Yan di mana mereka mempamirkan skil dalam pelbagai bidang vokasional seperti baikpulih jentera(enjin) kereta dan motorsikal, pendawaian, masakan dan lain-lain.

Sementara itu di tapak utama kempen Juara Rakyat di Kampung Ruat, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma telah  juga menjadi acara kegemaran rakyat Jerai yang hadir. Di ikuti oleh satu lagi Jamuan Rakyat secara Percuma di sana pada waktu tengahari.

Pada sebelah petangnya pula di adakan petandingan sukan rakyat yang popular iaitu sepakraga ribu dan tarik tali yang begitu meriah sekali.  Hadiah-hadiah untuk acara pertandingan pada sebelah pagi dan petang telah di beri kepada pemenang-pemenang setelah acara pertandingan sukan rakyat selesai iaitu semasa persembahan muzik tempatan.

Acara kemuncak iaitu perasmian Program Kempen Juara Rakyat Peringkat Parlimen Jerai oleh Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kedah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Shafie Apdal menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di jayakan mengikut jadual.  Ketibaan beliau pada pukul sembilan di sambut dengan Selawat Nabi. Ketua Bahagian, Datuk Suhaimi Hj Abdullah bersama seluruh jentera serta sayap UMNO Jerai mengiringi Dato' Seri kepentas tetamu untuk acara perasmian Program. Turut hadir semasa acara berlangsung ialah YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Mukhris Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perindsutran dan Perdagangan Antarabangsa merangkap Bendahari Badan Perhubungan UMNO Kedah seta lain-lain pemimpin parti komponen yang terdiri dari MCA, Gerakan dan MIC.  Walaupun bolasepak akhir Pial FA antara Kedah dan Negeri Sembilan berlangsung kehadiran amatlah memberangsangkan.  Selepas ucapan ringkas oleh Ketua Bahagian UMNO Jerai di ikuti oleh ucapan perasmian Dato' Seri, satu gimik pelancaran program yang menjadi sesuatu yang julng dan ulung atau dalam istilah Inggeris yang di sebut sebagai "Masterpiece" iaitu "BillBoard Countdown" telah di lancarkan, di mana billboard ini di isi dengan angka yang menurun sebagai ukuran kepada kiraan hari menuju ke PRU13 yang jika di buat kiraan dari bilangan hari yang di catat ialah pada 15hb September 2012.
Ketika awal ketibaan Dato' Seri
 Yang Berhormat Dato' Ser Jamil Khir turut mengiringi.
 Majlis Perasmian turut bermkna dengan kehadiran Timbalan Pengerusi 
Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah
yang juga ADUN Bakar Bata.

 Beliau turut di sambut oleh pemimpin-pemimpin komponen.









Selepas itu seperti di rancang Jamal Abdillah menguasia pentas utama dengan 4 lagu berirama dan di ikuti sedikit lagu secara "unplugged".  Ternyata penampilan beliau seperti di jangka mendapat perhatian baik dari tetamu-tetamu yang hadir, begitu juga dengan rakyat jelata Jerai yang tiba sejak awal malam.








 ***********************************************************************************
Lagi gambar-gambar sekitar Program Juara Rakyat:






Encik Mawardi Dato' Paduka Hj Abdullah selaku tuan rumah, yang juga Ketua Cawangan UMNO Kampung Ruat adalah antara tulang belakang utama bagi memastikan segala rancangan berjalan mengikut apa yang di rancangkan.
Timbalan Pengrusi Perhubungan UMNO Bahagian, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri YB Dato' Ir Nawawi yang juga ADUN Kuah turut mengiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Seri Ahmad Shafie Apdal ke Majlis Peresmian Program.
Naib Ketua Bahagian UMNO Jerai, Sdr. Ahmad Ikmla Ismail bersama pemimpin MIC Jerai
Kelihatan beberapa pemimpinparti komponen seperti MCA dan Gerakan sedang bersedia untuk jamuan ringkas kepada tetamu khas.
Bekas ADUN Guar Chempedak, Dato' Hj Abdul Razak Hashim turut hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada program ini.  Di sebelah beliau adalah Saudara Badrul Hisham yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional Kedah
Setiausaha Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Osman Aziz, Timbalan Ketua bahagian UMNO Jerai dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Jerai bersama-sama duduk semeja.
Datuk Mukhriz Tun Mahathir Ahli Palrimen Jerlun merangkap Bendahari Badan Perhubungan Umno Kedah yang juga Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdangangan Antarabangsa sedang memperkatakan sesuatu.

Pengerusi Biro Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Senator Mejar General Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri duduk bersebelahan dengan Ketua Bahagian UMNO Jerai, Datuk Suhaimi Hj Abdullah, sebelum Majlis Perasmian dan Pelancaran Kempen Juara Rakyat Peringkat Parlimen Jerai.
Encik Zukri Valentino, Ketua Komunikasi Koperat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah antara tetamu yang hadir kerana mengiringi Dato' Seri.





Kebanjiran TETAMU ISTIMEWA adalah menifestasi harapan oleh rakyat kepada UMNO.

Pengacara dan pengendali acara, saudara Ismail Omar dan Puan Normah Awang ternyata memberi dimensi yang menyegarkan kepada suasana majlis.


Responses to "CERIA JUARA RAKYAT JERAI!"

  1. Mamat says:

    TAHNIAH...UMNO JERAI..kerana berjaya menganjurkan program Juara Rakyat. Teruskan usaha bagi mendekati rakyat dan mendapat kembali sokongan mereka. Cadangan supaya Blog ini memaparkan lebih banyak aktiviti UMNO Jerai dengan cawangan..hebahkan supaya lebih ramai orang tahu apa yang UMNO bahagian buat..tak perlu cerita hal UMNO Pusat dan aktiviti pemimpinnya..Fokus pada peranan Umno bahagian...

Write a comment