PROGRAM CERAMAH BERSAMA YB SHABUDIN DAN YB TAJUDIN ABD RAHMAN



 YB SHABUDIN YAHYA, ADUN PERMATANG BERANGAN
YANG JUGA SETPOL MENTERI DI JPM.



Program anjuran Biro Penerangan dengan kerjasama UMNO Bahagian Jerai ini telah di adakan di Taman Seri Utama, dalam DUN Gurun.

Antara isu-isu yang dihidankan kepada khalyak oleh YB Shabudin Yahya ialah mengenai kemelut politik yang kian bercelaru di kalangan Pakatan Rakyat yang telahpun memerintah Pulau Pinang selama dua tahun.  Walaupun pada susunya yang memerintah ialh DAP tetapi pada yang melihat Sapi tentunya menyangka PR menguasai secara adil, malangnya apa yang sebenarnya berlaku bukan sahaja tidak saksama atau samarata seperti konsep Malaysian Malaysia yang di gagaskan oleh DAP, malah tidak langsung ada bauan keadilanpun dalam pengagihan kuasa politik sesama mereka.  Walaupun maklumat telah di sampaikan kepada sahabat-sahabat berlainan parti tetapi satu aqidah mengenai taktik penuh muslihat DAP terhadap sekutu, namun mereka tetap menafikannya malahan terus menunjukkan sikap selesa sebagai 'jubah' untuk melindungi ketidakpuasan mereka terhadap apa yang telah, sedang dan akan berlaku di Pulau Pinang.

Ucapan YB Shabudin di lihat begitu menarik, berterus-terang malah dalam bahasa yang amat mudah di fahami, ringkas tetapi padat, tepat kesasaran pendengar.  Moga-moga apa yang terjadi di Pulau Pinang dapat di ambil iktibar oleh rakyat Kedah..

Selepas berucap hampir 1jam, YB Shahbudin terpaksa meninggalkan majlis dengan perasaan berat kerana beliau perlu menghadiri satu mesyuarat penting dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Senator Mejar Jeneral (B) dato' Seri jamil Khir Baharom di Alor Setar.

Rostrum di ambil alih kembali oleh pengacara majlis yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Jerai, Saudara Ismail Omar untuk mengupas sedikit sebanyak isu yang telah di trangkan oleh YB Shahbudin sebelum itu.  Beliau seterusnya memperkenalkan ahli Majlis Tertinggi UMNO pusat, iaitu YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak selaku penceramah kedua.  Kehebatan ucapan beliau tidak lagi perlu di prkatakan.  Aksi keras dan tegas dsebagai Ahli Parlimen memang sentiasa menimbulkan kegerunan pembangkang terutama apabila perbahasan berlangsung.

Datuk Tajuddin yang juga Pengerusi FELCRA menyentuh tentang topik yang tidak kurang menariknya, malah masih hangat berbahang, iaitu isu kerajaan Negeri Perak serta kemelut yang wajib dengan segera di noktahkan demi kepentingan rakyat.  paarti-parti pembangkang wajar mengendurkan tekanan seketika sehinggalah PRU ke13 jika mereka ingin merampas kembali kuasa memerintah kerajaan Negeri Perak jika mereka benar-benar sayangkan Sultan dan sebahagaian besar rakyat Perak yang tidak sepatutpun menjadi mangsa hanya kerana pertelingkahan politik.

**Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Barisan Nasional berhak meneruskan tanggungjawab sebagai Kerajaan dengan keputusan 5 - 0.

Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini


ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini.

Sejurus tiba pada pagi itu Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta keempat-empat sayap Umno Bahagian Jerlun di Wisma Umno Jerlun.

Selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan program Juara Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang (SMKS), Air Hitam, 25 kilometer dari sini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang bermula pada Jumaat akan dipenuhi dengan acara seperti sukan rakyat, pertandingan aspek wanita, marhaban dan berendoi manakala forum perdana berlangsung pada sebelah malam di tempat sama.

Sejumlah 30 gerai menjual barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan turut didirikan sepanjang program dua hari itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual mengadakan perjumpaan dengan pendidik seluruh daerah Kubang Pasu di SMKS pada sebelah petang dan kemudiannya menemui masyarakat Cina dan Siam di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kodiang, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

SEDEKAH SAYUR

Meriah pilih sayur percuma


GUAR CHEMPEDAK - Suasana di Pekan Rabu di sini gempar apabila orang ramai berkerumun mendapatkan sayur-sayuran percuma sumbangan oleh seseorang yang tidak mahu dikenali.

Keadaan menjadi meriah dengan suara orang ramai yang sibuk memilih 13 jenis sayur-sayuran yang disumbangkan seawal jam 8 pagi sehingga kira-kira jam 11 pagi.

“Ini adalah kali pertama ada sedekah besar-besaran seperti ini, di sini,” kata peniaga yang menguruskan sumbangan itu, A Rahman Hassan.

‘Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu’. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada individu yang memberikan sayur percuma kepada orang ramai baru-baru ini.

Penyumbang sayuran itu tidak mahu dikenali tetapi hanya ingin menghulurkan sayuran itu kepada orang ramai supaya turut sama gembira mendapatkan sayur percuma di tapak Pekan Rabu di sini.

Usaha murni ini dilihat sebagai satu langkah baik yang dapat membentuk sifat sedekah dalam kalangan masyarakat.
A Rahman Hassan, 53, berkata, inilah sifat orang Islam yang gemar membuat kebajikan.

“Penyumbang sayur tidak mahu dikenali kerana niat mereka bersedekah. Justeru, jika bersedekah tidak perlu dinyatakan individunya.
“Sebanyak 13 jenis sayuran diberikan pada hari berkenaan bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi,” katanya.

Menurutnya, ramai yang hadir ketika sayur mula diberikan kepada orang ramai. Hal seumpama itu adalah pertama kali dijalankan di sini.

“Mungkin selepas ini akan dibuat di Pendang pula. Pemberian seumpama ini menunjukkan sifat keprihatinan peniaga kepada orang ramai dengan memberi sayur secara percuma,” katanya.

PROGRAM JUARA RAKYAT DI BUKIT SENTOSA(9hb Januari 2010)

Ahli-ahli UMNO dari Bahagian UMNO Jerai telah berkesempatan untuk turut serta dalam Program UMNO Juara Rakyat yang telah dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada 9hb Januari 2010 yang lalu.

UMNO Bahagian Jerai menyokong penuh wawasan dari Program ini!



















































Mereka itu 'Firaun Kecil'...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin







**Agendadaily:




Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepaa Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud.

“Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Beliau menyatakan demikian kepada Agendadaily Isnin ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Anwar, Khalid dan Zaid berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid dalam isu kalimah Allah.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti.

Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan.

“Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap.

“Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar. – 25/1/2010

APA NAK JADI NI ?



Cermin belakang kereta jenis Nissan X-Trail milik bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Aziz @ blogger Kickdefella yang banyak buat pendedahan panas pasal pentabiran dan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat dipecah dengan kapak di rumahnya di Kota Bharu jam 11.50 malam Ahad.Kejadian berlaku sejurus sebuah kereta jenis Proton Aeroback berhenti secara mengejut di depan rumahnya.Syed Azidi ialah bekas orang kanan Datuk Husam Musa.Beliau dipecat oleh menantu Nik Aziz iaitu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang akan letak jawatan CEO PMBK pada hujung Mac ini.Menurut Syed Azidi tengahari Ahad beliau diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencarinya dan mengugut untuk memukulnya kerana postingnya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.-11/1/2010

Ahli MIC interaksi menerusi Facebook

SEREMBAN 3 Jan. - Semua ahli MIC di pelbagai peringkat disarankan supaya menyertai dan berinteraksi menerusi laman sosial Facebook ke arah mempertingkatkan tahap komunikasi anggota parti berkenaan.
Ketua Wanita MIC, Datin Paduka M. Komala berkata, langkah itu adalah selari dengan peredaran masa dan arus pembangunan teknologi.
Menurutnya, inisiatif berkenaan boleh membantu mempertingkatkan taraf komunikasi ahli dalam melancarkan sebarang aktiviti dan pergerakan parti tersebut.
''Kini sudah tiba masanya, kita menggunakan teknologi sedia ada untuk berkomunikasi dengan lebih efisien.
''Pada masa ini, orang ramai khususunya generasi muda yang berumur di bawah 40 tahun lebih gemar untuk menggunakan Internet, blog, laman web, laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk berhubung selain dijadikan sumber rujukan dalam mencari informasi terkini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Kemahiran Penggunaan Internet dan Laman Web di Wisma MIC negeri yang dirasmikan Pengerusi MIC negeri, Datuk T. Rajagopalu di sini hari ini.
Jelas Komala, pendekatan itu turut bertujuan bagi memudahkan orang ramai terutamanya kaum India menyuarakan cadangan, aduan atau masalah yang dihadapi mereka.
''Usaha ini akan memudahkan orang ramai dan kami untuk berkomunikasi secara dua hala dengan pantas.
''Sebarang masalah, aduan mahupun cadangan dapat di suarakan menerusi laman web bagi diambil tindakan sewajarnya dengan cepat," katanya.
Sementara itu, menurut Rajagopalu, langkah bijak itu seharusnya dilaksanakan oleh setiap ahli disemua peringkat secepat mungkin.
''Kita sudah masuk 2010 dan saya akan pastikan setiap ahli di negeri ini di semua peringkat termasuk akar umbi untuk memahirkan diri dengan dunia Internet dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut.
''Berhubung menggunakan Internet merupakan salah satu cara kita dapat menghulurkan bantuan dengan cepat kepada golongan susah sekali gus menjamin kebajikan golongan terbabit dari terus terabai," katanya.

**Kesedaran yang bermanfaat untuk direbut.