
Monday, February 22, 2010

Detguaq
Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.
Perasmian di jangka akan di adakan pada pukul 9.00 malam, manakala jemputan adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ahli-ahli UMNO. Sesiapa yang ingin hadir(adalah di galakkan) bolehlah datang pada pukul 8.30 malam untuk beramah mesra secara santai. Blogger-blogger Kedah/Utara bolehlah kesana untuk berkumpul sambil berbincang apa sahaja perkara, baik politik, sosial mahupun berkaitan dengan kemasyarakatan atau keilmuan. Oleh kerana komputer meja hanya di sediakan sebanyak 5 unitr sahaja, maka adalah di galakkan sesiapa yang ada notebook sendiri untuk membawanya sekaliuntuk di manfaatkan semasa di sana nanti.
Dato' Paduka Ahmad Bashah bersama-sama dengan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bersama dengan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Alor Setar mengalu-alukan kedatangan anda.

Posted in

Wednesday, February 17, 2010

Detguaq
16/02/2010, Rakyat Parlimen Jerai sungguh bertuah pada hari ini kerana salah satu anak syarikat MAIWP, Yayasan Taqwa dengan kerjasama UMNO Bahagian Jerai telah mengadakan satu program untuk mengangkat martabat Sekolah-Sekolah Rendah Agama sepertimana yang di gagaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang juga AJK UMNO Bahagian Jerai dan juga Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah.
Lebih bermakna lagi pelancaran program ini adalah menandakan bermulanya program yang akan di susuli ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Bermakna pelancaran ini adalah pelancaran sulung dan acara perasmiannya adalah merangkumi program-program susulan ke seluruh Malaysia.
Bagi Pearlimen Jerai yang mengandungi tiga DUN, ketiga-tiga DUN telah mendapat perhatian Yayasan Taqwa untuk turut menerima bantuan-bantuan tertentu seperti seragam dan kelengkapan sekolah, malah mereka yang di pilih juga mendapat wang saku untuk di gunakan ketika ke sekolah.
Ketibaan Dato' Seri Jamil Khir di sambut oleh Datuk Suhaimi Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Jerai serta AJK Bahagian UMNO Jerai dan sebhagian besar Ketua-ketua UMNO Cawangan berserta ahli-ahli pelbagai lapisan, Ketua Operasi Yayasan Taqwa, Encik Ahmad Ayob berserta kakitangannya yang bertungkuslums bekerja bagi memastikan majlis ini berjalan lancar dengan kerjasama penuh ahli-ahli UMNO Jerai.

Posted in

Thursday, February 11, 2010

Detguaq
Satu majlis untuk menggalakkan anak-anak belajar di sekolah rendah agama(SRA) akan di adakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 16hb Februari 2010. Majlis ini akan di lancarkan serta di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jen.(B) Jamil Khir Baharom yang juga merupakan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Majlis akan bermula pada pukul 9.00 pagi.Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini pada tarikh dan masa yang telah di umumkan

Posted in

Wednesday, February 10, 2010

Detguaq
Antara delegasi UMNO Bahagian Jerai.....

Posted in