Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR


03 Mac, 2010 14:53 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila kehilangan seorang lagi anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu pada Rabu.

Mohsin Fadzli, 65, turut mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam PKR serta menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman Mohsin Fadzli itu menjadikan tiga anggota Parlimen parti itu keluar parti dalam tempoh kurang sebulan selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin Fadzli berkata tindakan beliau itu adalah kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan kedudukan politik dan kedaulatan Islam di negara ini.

"Saya sangat khuatir dengan aktiviti dan kegiatan politik yang diamalkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat khususnya peringkat negeri Perak akhir-akhir ini yang sangatlah membimbangkan.

"Aktiviti politik yang menghalalkan pelbagai cara demi suatu matlamat yang sempit, serangan tanpa batasan terhadap semua institusi negara seperti institusi Diraja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar menyerang kedaulatan negara," katanya membacakan kenyataan dua muka surat pada sidang media di sini.

Mohsin Fadzli berkata pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah tidak boleh diterimanya kerana beranggapan perbuatan itu umpama menghalalkan perbuatan mensyirikkan kalimah Allah.

Beliau juga kecewa dengan kepalsuan rancangan "16 Sept" Pakatan Rakyat untuk mengambilalih pucuk pimpinan negara yang mendakwa 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti.

Selain dari itu, katanya parti itu dilihat mengamalkan politik "ghonimah" atau "rampasan perang" di mana kuasa, kedudukan dan habuan menjadi rebutan di kalangan pemimpin parti sehingga mengorbankan matlamat perjuangan untuk umat, rakyat dan agama.

"Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin menjadi parah dalam parti sehingga menyebabkan saya tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen yang diamanahkan oleh Allah," kata Mohsin Fadzli.

Beliau juga mendakwa beberapa kali membangkitkan masalah itu dalam saluran dalaman parti tetapi tiada tindakan positif diambil menyebabkan keadaan menjadi semakin parah.

Dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin Hashim, Mohsin Fadzli berkata tugas dan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen turut dikhianati dan disabotaj oleh anggota parti sendiri.

"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi malahan menganggap Ketua Pembangkang itu seperti adiknya sendiri.

"Namun, hubungan akrab dan peribadi tidak boleh menjadi alasan untuk mengetepikan akidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk dikritik oleh anggota parti dan penyokongnya, Mohsin Fadzli berkata beliau sentiasa bersedia dan membiarkan rakyat untuk menilai tindakannya itu.

Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.

Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan tidak bercadang menyertai mana-mana parti manakala Mohammad Fairus telah menyatakan hasrat menyertai UMNO.

Isnin lepas, Salehuddin meramalkan seramai 10 anggota parlimen parti itu akan keluar parti dalam masa terdekat.

Di PETALING JAYA, 12 anggota Parlimen PKR pada Rabu menyuarakan sokongan penuh mereka terhadap parti itu sekaligus menyelar spekulasi keluar parti seperti yang didakwa dalam laman-laman blog.

Anggota Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mewakili anggota-anggota Parlimen tersebut berkata kesemua mereka masih berpegang teguh terhadap pucuk kepimpinan parti itu.

"Kami mengambil ketetapan sekeras-kerasnya menolak dakwaan bahawa kami akan meninggalkan parti sepertimana yang dispekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengganggu kesatuan dan perpaduan dalam parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana pada Rabu.

Pada sidang media itu, 10 anggota parlimen hadir manakala dua lagi iaitu Anggota Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh dan N.Gobalakrishnan dari Padang Serai tidak hadir kerana masing-masing mempunyai urusan di luar kawasan.

Mereka yang turut hadir Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S.Manikavasagam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh) dan Amran Ab Ghani (Tanah Merah).

Mengulas mengenai tindakan anggota yang keluar parti, Kamarul Baharin berkata kemungkinan ia disebabkan masalah peribadi yang tidak dimaklumkan kepada pimpinan parti.

"Saya tak menduga kemungkinan itu (masalah peribadi) menjadi tugas kepimpinan parti untuk ambil tahu. Tapi kalau masalah berkaitan dengan parti, saya ingat parti tidak mengabaikan tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Yusmadi berkata PKR perlu melihat dan memperbaiki segala kesilapan memandangkan tindakan keluar parti sering berlaku.

-- BERNAMA

FAIRUS SERTAI UMNO

Bekas Adun PKR Penanti Fairus sertai Umno

Datuk Seri Mohd Najib Razak (kanan) diberikan penerangan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah (dua kanan) dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan di majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi PSSGM. — Bernama pic
TERKINI

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.
Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.
Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.
Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.
Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.
Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.
Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.
“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.
Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.
“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.
“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.
Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi.

PELANCARAN DAN PERASMIAN 'FREE WiFi ZONE' UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR


Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.


Perasmian di jangka akan di adakan pada pukul 9.00 malam, manakala jemputan adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ahli-ahli UMNO.  Sesiapa yang ingin hadir(adalah di galakkan) bolehlah datang pada pukul 8.30 malam untuk beramah mesra secara santai.  Blogger-blogger Kedah/Utara bolehlah kesana untuk berkumpul sambil berbincang apa sahaja perkara, baik politik, sosial mahupun berkaitan dengan kemasyarakatan atau keilmuan.  Oleh kerana komputer meja hanya di sediakan sebanyak 5 unitr sahaja, maka adalah di galakkan sesiapa yang ada notebook sendiri untuk membawanya sekaliuntuk di manfaatkan semasa di sana nanti.

Dato' Paduka Ahmad Bashah bersama-sama dengan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bersama dengan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Alor Setar mengalu-alukan kedatangan anda.

UMNO Kedah sasar 317,000 pengundi muda


ALOR SETAR 20 Feb. - Seramai 317,000 pengundi muda di negeri ini yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 masih belum mendaftar sebagai pengundi.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO akan terus turun padang bagi mengesan pengundi-pengundi muda itu.
"UMNO Kedah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi yang masih belum berdaftar.
"Program initelah dijalankan sejak awal Januari lalu dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada program pendaftaran pemilih di Taman Wira Mergong di sini hari ini.
Menurutnya, melalui program itu, bilangan ahli baru yang menyertai UMNO turut bertambah.
"Kita tidak meletakkan sasaran banyak mana yang akan sertai UMNO.
"Namun, kita mahu mereka yang layak dapat mengundi dan melalui program ini, UMNO juga akan terus dekat di hati rakyat," ujarnya.
Katanya, tindakan UMNO mengunjungi rumah ke rumah membolehkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat didengar oleh pemimpin.
"Program ini bukan hanya dijalankan di kawasan Parlimen Alor Setar namun kita buat di seluruh negeri ini.
"Dalam seminggu, kita akan buat program pendaftaran pemilih sebanyak tiga kali dan sehingga kini bilangan pengundi serta ahli UMNO juga telah meningkat," jelasnya.

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM JOM PI SEKOLAH(SRA 2010)

16/02/2010, Rakyat Parlimen Jerai sungguh bertuah pada hari ini kerana salah satu anak syarikat MAIWP, Yayasan Taqwa dengan kerjasama UMNO Bahagian Jerai telah mengadakan satu program untuk mengangkat martabat Sekolah-Sekolah Rendah Agama sepertimana yang di gagaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang juga AJK UMNO Bahagian Jerai dan juga Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah.



Lebih bermakna lagi pelancaran program ini adalah menandakan bermulanya program yang akan di susuli ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Bermakna pelancaran ini adalah pelancaran sulung dan acara perasmiannya adalah merangkumi  program-program susulan ke seluruh Malaysia.









Bagi Pearlimen Jerai yang mengandungi tiga DUN, ketiga-tiga DUN telah mendapat perhatian Yayasan Taqwa untuk turut menerima bantuan-bantuan tertentu seperti seragam dan kelengkapan sekolah, malah mereka yang di pilih juga mendapat wang saku untuk di gunakan ketika ke sekolah.












Ketibaan Dato' Seri Jamil Khir di sambut oleh Datuk Suhaimi Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Jerai serta AJK Bahagian UMNO Jerai dan sebhagian besar Ketua-ketua UMNO Cawangan berserta ahli-ahli pelbagai lapisan, Ketua Operasi Yayasan Taqwa, Encik Ahmad Ayob berserta kakitangannya yang bertungkuslums bekerja bagi memastikan majlis ini berjalan lancar dengan kerjasama penuh ahli-ahli UMNO Jerai.



























PROGRAM JOM PI SEKOLAH SRA 2010



Satu majlis untuk menggalakkan anak-anak belajar di sekolah rendah agama(SRA) akan di adakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 16hb Februari 2010.  Majlis ini akan di lancarkan serta di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jen.(B) Jamil Khir Baharom yang juga merupakan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Majlis akan bermula pada pukul 9.00 pagi.Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini pada tarikh dan masa yang telah di umumkan

MAJLIS PENERANGAN OLEH PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR TERENGGANU