Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang melakukan lawatan ke Sulawesi sempena dengan sambutan ulang tahun ke-689 Kerajaan Gowa, hari Rabu telah dianugerahkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Gelaran berkenaan dimiliki darah keturunan Raja Gowa yang ke-19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung.

Najib ditabal dengan gelaran berkenaan atas sifat beliau mempunyai pertalian darah dengan Raja Gowa yang berhijrah ke Pahang yang memakai gelaran Syahbandar.

Semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, sejarah dan agama tidak boleh dipisahkan malah hubungan yang lebih erat dengan Gowa dan Indonesia pada keseluruhannya.

“Pegangan kepada tradisi dan adat seharusnya dilihat bukan bersikap kuno walaupun dalam zaman teknologi maklumat kerana sejarah dan adat resam tidak boleh dipisahkan,” katanya.

(Gambar dan maklumat ehsan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mengikuti lawatan Perdana Menteri) – 18/11/2009