MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN SATU PROGRAM SATU BULAN, BIRO PENERANGAN UMNBO BAHAGIAN YAN


Hari ini, telah diadakan satu program oleh UMNO Bahagian Jerai yang menjurus kepada aktiviti Biro Penerangan yang kini telah dipertanggungjawabkan Oleh DatukSuhaimi Abdullah kepada Encik Othman Shafie, seorang AJK Bahagian yang berpengalaman dan diyakini dapat menerajui Biro Penerangan yang amat penting ini.

Dalam pada itu, Jerai amat bertuah kerana Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom yang juga Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Sementelahan pula inilah program sulung peringkat Bahagian yang bermakna UMNO Bahagian Jerai menjadi Bahagian pertama yang melancarkan program ini. Lebih manis lagi inilah julung-julung kali Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom berpeluang merasmikan majlis anjuran UMNO Bahagian Jerai.

Bertambah berseri lagi bila kehadiran oleh para Ketua Biro Penerangan cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Jerai hampir 100%. Ketua-ketua Biro Penerangan yang datang pula ternyata begitu bersemangat, apatah lagi mendapat kata-kata suntikan ransangan semangat hasil dari ucapan penuh maklumat baik dari Ketua Biro Penerangan Bahagian UMNO Jerai, Ketua Bahagian UMNO Jerai sendiri malahan juga dari YB Senator. Diharap dari input-input yang mereka dengar dapatlah disalurkan kepada ahli-ahli akar-umbi dicawangan-cawangan dengan kadar yang segera.















Responses to "MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN SATU PROGRAM SATU BULAN, BIRO PENERANGAN UMNBO BAHAGIAN YAN"

Write a comment