
Thursday, November 26, 2009

UMNO BAHAGIAN JERAI
25/11/2009
Satu majlis kecil yang disertai oleh salah seorang kakitangan UMNO Bahagian Jerai, iaitu Encik Abdul Rahman Md Rejab bersama-sama pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri(ICU) daerah Kuala Muda/Yan iaitu Encik Nizam bin Mokhtar dan Encik Azman Kamarudin(Pegawai Projek) telah dibuat untuk memberi bantuan kepada mangsa ribut diKampung Gelam 2 Bakong, Kampung Alor Gelenggang dan Kampong Kabu 10. Majlis penyampaian ini diberi terus kepada mangsa-mangsa dengan melawati mereka dirumah masing-masing.

Encik Nizam sedang menyampaikan sumbangan kepada
Encik Zamri bin Hanapi dari Kampong Gelam 2 Bakong
(Atas dan Bawah)


Bantuan seterusnya ialah kepada Puan Rokiah Abdullah
dari Kampong Alor Gelanggang.
(atas dan bawah)


Cucu perempuan kepada Puan Embun Saad menerima sumbangan
bagi pihak diri beliau, kerana semasa ketibaan pegawai-pegawai ICU
dan wakil UMNO Bahagian Jerai beliau tiada dirumah.

Kami sempat berbual dengan warga OKU, adik kepada Puan Embun

Posted in

Saturday, November 21, 2009

Detguaq
Najib bergelar Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang melakukan lawatan ke Sulawesi sempena dengan sambutan ulang tahun ke-689 Kerajaan Gowa, hari Rabu telah dianugerahkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.
Gelaran berkenaan dimiliki darah keturunan Raja Gowa yang ke-19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung.
Najib ditabal dengan gelaran berkenaan atas sifat beliau mempunyai pertalian darah dengan Raja Gowa yang berhijrah ke Pahang yang memakai gelaran Syahbandar.
Semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, sejarah dan agama tidak boleh dipisahkan malah hubungan yang lebih erat dengan Gowa dan Indonesia pada keseluruhannya.
“Pegangan kepada tradisi dan adat seharusnya dilihat bukan bersikap kuno walaupun dalam zaman teknologi maklumat kerana sejarah dan adat resam tidak boleh dipisahkan,” katanya.
(Gambar dan maklumat ehsan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mengikuti lawatan Perdana Menteri) – 18/11/2009

Posted in

Sunday, November 15, 2009

UMNO BAHAGIAN JERAI

Posted in