SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010


1/12/2009
Hari ini telah diadakan satu majlis kecil tetapi bermakna lagi bernilai didalam DUN Gurun dimana Puteri UMNO Bahagian Jerai yang dipimpin oleh Hafizatul Nisa bt Mat Isa telah menganjurkan satu majlis untuk memberi sumbangan berupa beg sandang sekolah kepada murid-murid sekolah yang telah dipilih oleh UMNO-UMNO cawangan dalam DUN Gurun yang berjumlah 55 cawangan.
PAPAR, 29 Nov (Bernama) -- Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri Faizal Julaili mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.
Kedua-dua 'orang kuat' PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini pada Ahad.
Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Abdul Rahim berkata rakyat khususnya penyokong pembangkang kini mulai sedar dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan BN dan Umno.
Katanya ini kerana mereka yakin hanya dengan BN sahaja akan dapat menjamin kestabilan pembangunan, ekonomi dan politik di Sabah.
Abdul Rahim berkata perubahan dan pendekatan yang dilakukan oleh Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak juga membuktikan parti itu sentiasa mengutamakan rakyat di akar umbi.
"Penduduk Sabah kini meletakkan harapan tinggi kepada BN dan UMNO untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi dan mengukuhkan kestabilan politik.
"Menyokong pembangkang bukanlah pilihan terbaik bagi rakyat Sabah kerana ini hanya membantut segala usaha dan pembangunan sosio-ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kerajaan BN," katanya.
-- BERNAMA
25/11/2009
Satu majlis kecil yang disertai oleh salah seorang kakitangan UMNO Bahagian Jerai, iaitu Encik Abdul Rahman Md Rejab bersama-sama pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri(ICU) daerah Kuala Muda/Yan iaitu Encik Nizam bin Mokhtar dan Encik Azman Kamarudin(Pegawai Projek) telah dibuat untuk memberi bantuan kepada mangsa ribut diKampung Gelam 2 Bakong, Kampung Alor Gelenggang dan Kampong Kabu 10. Majlis penyampaian ini diberi terus kepada mangsa-mangsa dengan melawati mereka dirumah masing-masing.
Najib bergelar Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang melakukan lawatan ke Sulawesi sempena dengan sambutan ulang tahun ke-689 Kerajaan Gowa, hari Rabu telah dianugerahkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.
Gelaran berkenaan dimiliki darah keturunan Raja Gowa yang ke-19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung.
Najib ditabal dengan gelaran berkenaan atas sifat beliau mempunyai pertalian darah dengan Raja Gowa yang berhijrah ke Pahang yang memakai gelaran Syahbandar.
Semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, sejarah dan agama tidak boleh dipisahkan malah hubungan yang lebih erat dengan Gowa dan Indonesia pada keseluruhannya.
“Pegangan kepada tradisi dan adat seharusnya dilihat bukan bersikap kuno walaupun dalam zaman teknologi maklumat kerana sejarah dan adat resam tidak boleh dipisahkan,” katanya.
(Gambar dan maklumat ehsan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mengikuti lawatan Perdana Menteri) – 18/11/2009
Hari ini, telah diadakan satu program oleh UMNO Bahagian Jerai yang menjurus kepada aktiviti Biro Penerangan yang kini telah dipertanggungjawabkan Oleh DatukSuhaimi Abdullah kepada Encik Othman Shafie, seorang AJK Bahagian yang berpengalaman dan diyakini dapat menerajui Biro Penerangan yang amat penting ini.
Dalam pada itu, Jerai amat bertuah kerana Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom yang juga Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Sementelahan pula inilah program sulung peringkat Bahagian yang bermakna UMNO Bahagian Jerai menjadi Bahagian pertama yang melancarkan program ini. Lebih manis lagi inilah julung-julung kali Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom berpeluang merasmikan majlis anjuran UMNO Bahagian Jerai.
Bertambah berseri lagi bila kehadiran oleh para Ketua Biro Penerangan cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Jerai hampir 100%. Ketua-ketua Biro Penerangan yang datang pula ternyata begitu bersemangat, apatah lagi mendapat kata-kata suntikan ransangan semangat hasil dari ucapan penuh maklumat baik dari Ketua Biro Penerangan Bahagian UMNO Jerai, Ketua Bahagian UMNO Jerai sendiri malahan juga dari YB Senator. Diharap dari input-input yang mereka dengar dapatlah disalurkan kepada ahli-ahli akar-umbi dicawangan-cawangan dengan kadar yang segera.
ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Umno Kedah akan melancarkan slogan atau tagline berbunyi "BN Menang Kedah Senang" bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan pakatan pembangkang.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata pelancaran rasmi slogan berkenaan akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis "Gerak Mesra 1Malaysia" yang akan diadakan di Yan, dekat sini 12 Nov ini.
"Pengenalan tagline ini adalah hasil cetusan idea antara ketua-ketua bahagian untuk membangkitkan semangat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita berazam untuk lakukan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana sekiranya negeri ini terus dipimpin pakatan pembangkang, ia akan hilang kesinambungan dengan pemerintah (kerajaan pusat)," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Tunku, di sini pada Sabtu.
Katanya, sekiranya tidak ada kesinambungan atau hubungan secara terus dengan pemerintah, rakyat akan mengalami kesusahan dan tidak dapat menikmati keseimbangan dari proses pembangunan serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Nawawi berkata bukti yang ada dapat dilihat selepas negeri ini diperintah pakatan pembangkang iaitu tidak ada pelaburan besar yang dibawa masuk untuk kesenangan rakyat.
"Rakyat kena terima hakikat bahawa semua kesenangan adalah hasil pemerintahan BN dulu, selepas diperintah pakatan pembangkang, pelaburan di Kedah hampir kosong peratus, kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri tidak ada yang spesifik," katanya.
Katanya, keadaan itu sangat merugikan rakyat, justeru dengan pengenalan slogan baru itu, ia diharap dapat menjelaskan kedudukan perjuangan BN demi kesejahteraan bersama.
Sementara itu, Nawawi berkata selepas pelancaran rasmi slogan berkenaan, Umno negeri akan melakukan gerak kerja dan promosi menyeluruh bagi memastikan objektifnya difahami semua lapisan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.
Beliau berkata, Umno yakin selepas rakyat memahami perjuangan parti itu, mereka akan dapat menzahirkannya dalam pilihan raya umum kelak sekaligus menjanjikan kemenangan buat BN.
-- BERNAMA